Monday 20 February 2012

National Geographic ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 6 tahun. Melalui laman web ini kanak-kanak akan mengenal lebih banyak haiwan-haiwan yang lain selain di negara kita. Kanak-kanak akan dapat mengenal haiwan tersebut dan menambahkan pengetahuan mereka dalam pelbagai jenis haiwan. Dalam laman web ini juga terdapat permainan yang agak sesuai untuk kanak-kanak.

Kelebihan
1. Kanak-kanak dapat melihat banyak jenis haiwan dalam laman web ini.
2. Kanak-kanak tahu serba sedikit info tentang haiwan yang ada dalam laman web ini.
3. Terdapat permainan yang berkaitan dengan haiwan yang ada dalam laman web.
4. Kanak-kanak dapat mengenal haiwan yang berada di luar negara.

Kelemahan
1. Bahasa yang digunakan susah untuk difahami.
2. Gambar yang ditunjukkan terlalu susah untuk difahami.
3. Permainan yang agak susah untuk kanak-kanak

Komen di atas merupakan komen penulis setelah melawat laman web National Geographic. 


Saturday 11 February 2012

KOMEN TENTANG LAMAN WEB Ziggity Zoom


Laman Web Ziggity Zoom ini mempunyai banyak ilmu pengetahuan serta perkara baru yang dapat dipelajari oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat mempelajari serta mengaplikasikan ilmu yang terdapat di laman web ini, contohnya kanak-kanak dapat mengikut cara-cara membuat kraf mudah bagi kanak-kanak prasekolah, dengan ini jikalau kita beri kanak-kanak apa jenis bahan pun mereka cepat dan pantas menjadi kreatif. Seterusnya laman ini terdapat unsur-unsur yang menarik perhatian kanak-kanak untuk melibatkan diri seperti mewarna secara online. Permainan di web ini, membantu kanak-kanak  berasa baik tentang bermain dan mencapai permainan mudah yang disediakan khas untuk kanak-kanak prasekolah. Di sini, pada halaman mewarna pula terdapat pelbagai gambar yang menyeronokkan dan kemudian boleh mencetaknya ataupun mencetak dahulu gambaran tersebut dan mewarnainya dengan menggunakan warna pensel atau krayon sendiri. Laman web ini terdapat kategori-kategori seperti mainan, kraftangan, mewarna, bercerita, video, dan aktiviti-aktiviti lain.

Kelebihan laman web ini:

1. Kanak-kanak dapat meluangkan masa mereka di laman tanpa membuat sebarang kerja lain yang tidak memberi manfaat.

2. Kanak-kanak dapat mempelajari perkara baru atau ilmu pengetahuan yang baru.

3. Dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar.

4. Dapat mengajar kanak-kanak supaya berdisiplin.

Kelemahan laman web ini:

1. Mudah menjadi ketagihan kepada kanak-kanak.

2. Boleh menjejaskan daya penglihatan kanak-kanak jika menggunakan pada masa yang agak lama.

3. Menjadikan kanak-kanak tidak bersosial dengan ibu bapa ketika di rumah mahupun guru di sekolah.

4. Mudah menyebabkan kanak-kanak menjadi obesiti kerana tiada senaman.

Komen di atas merupakan pendapat penulis setelah melawati laman web Ziggity Zoom.

Wednesday 8 February 2012

KOMEN TENTANG LAMAN WEB CRAYOLA




Crayola sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun. Website ini amat sesuai untuk kanak-kanak belajar dan meneroka benda baru. Mereka boleh belajar sambil bermain di website ini. Kanak-kanak boleh belajar ilmu matematik, sains dan geografi. Kanak-kanak juga boleh mewarna dan membuat kraf. Crayola mempunyai banyak lembaran kerja untuk kanak-kanak. Akan tetapi terdapat aktiviti yang tidak dapat dibuka  dan pemilihan aktiviti terhad kerana banyak yang tidak dapat dibuka.

KELEBIHAN :
1. Crayola mempunyai banyak aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak.
Contohnya :
a. Aktiviti mewarna
b. Aktiviti membuat kraf
2. Kanak-kanak juga boleh bermain permainan sambil belajar.
3. Kanak-kanak boleh belajar matematik ,sains dan geografi.
4. Terdapat banyak paper worksheet yang sesuai untuk kanak-kanak.
5. Mempunyai pages untuk pendidik dengan ibu bapa.

KEKURANGAN :
1. Terdapat aktiviti yang tidak dapat dibuka
2. Pemilihan aktiviti yang terlalu terhad.
3. Laman web tidak menarik minat  kanak-kanak kerana pemilihan warna untuk website tidak berwarna-warni.

Komen di atas merupakan pandangan penulis setelah melawati laman web crayola.

KOMEN TENTANG LAMAN WEB cbeebies


CBEEBIES.

Laman web  ini secara lazimnya diprogramkan khas untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah. Laman web  ini juga menawarkan gabungan dua aspek iaitu aspek pendidikan dan juga hiburan. Selain itu, ia mengandungi sebuah laman berdedikasi  untuk membesarkan anak-anak dan kanak-kanak kecil yang dipanggil “CBeebies Grow-up.”Seterusnya, website ini mempunyai 5 program yang menyeronokkan  untuk kanak-kanak.
  Kelebihan
1. Menggunakan bahasa isyarat dalam aktiviti bercerita
2. Arahan senang difahami
3. Permainan bertema
4. Kebanyakan permainan menguji minda kanak-kanak
5. Permainan dan tugasan dapat dicetak

    Kelemahan
1. Tidak menggunakan bahasa yang jelas semasa aktiviti bercerita
2. Hanya sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah
pendengaran dan bisu
3. Hanya untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah
4. Mempunyai masa yang lama untuk membuka buku cerita
5. Bahasa kurang jelas semasa aktiviti bercerita
6. Lagu tidak boleh dimainkan

Komen di atas merupakan pandangan penulis setelah melawati
laman web cbeebies. 

KOMEN TENTANG LAMAN WEB Magic.keys.com


Magic.keys.com
Laman web magic.keys.com merupakan sebuah laman yang menyediakan buku cerita untuk kanak-kanak kecil, kanak-kanak yang lebih tua dan juga remaja. Susunan senarai buku-buku cerita tersebut adalah berdasarkan tiga kategori seperti yang dinyatakan iaitu kategori kanak-kanak kecil, kanak-kanak lebih tua, dan juga remaja. Buku-buku cerita ini juga merangkumi semua aspek seperti cerita mengenai haiwan, tumbuh-tumbuhan, manusia dan huruf. Berikut merupakan kelebihan dan kelemahan yang penulis lihat dalam laman web magic.keys.com :

Kelebihan :
  1.  Susunan buku cerita mengikut kategori – memudahkan ibu bapa atau kanak-kanak untuk memilih buku yang benar-benar sesuai untuk mereka. 
      2.  Ayat atau perkataan di dalam cerita adalah bersesuaian dengan setiap kategori pembaca.
   3. Ada cerita yang boleh mengeluarkan suara sebagai pencerita dan ada cerita yang mempunyai muzik.
   4. Pencerita melalui video dapat membantu pembaca membaiki cara sebutan kepada yang lebih tepat.
   5. Buku cerita yang terdapat dalam laman web ini merangkumi semua aspek seperti mengenai haiwan, huruf, kekeluargaan dan tumbuh-tumbuhan.
       6.       Buku cerita di laman web ini juga adalah sangat menarik kerana gambar yang terdapat di dalam setiap buku cerita menarik, cantik dan berwarna-warni.

Kelemahan :
1.       Jumlah buku cerita di dalam laman web ini masih kurang.
2.       Sesetengah jalan cerita yang terdapat dalam laman web ini sukar untuk difahami terutamanya bagi kanak-kanak.
3.       Ada buku cerita yang tidak boleh dibuka.

Komen di atas  merupakan pandangan penulis setelah melawati laman web magic.keys.com

Saturday 21 January 2012

Asal Usul Kewujudan Blog Super Kids


Blog Super Kids mula dibina pada hari Selasa, 17/1/12. Blog ini dibina untuk memenuhi syarat tugasan bagi subjek KAD 1013 iaitu Aplikasi ICT dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak.  Blog ini bukanlah hak milik persendirian tetapi dimiliki secara berkumpulan yang terdiri daripada Hafiza (saya), Alice, Fadila, Hung, dan Rupenee. Bagi kami, orang yang paling penting bagi kewujudan blog ini sudah semestinya pensyarah kami iaitu Dr. Mahani Binti Razali. Ingin mengenali pemilik-pemilik blog ini dengan lebih lanjut? Nantikan pos kami yang seterusnya. Sekian sahaja coretan ringkas bagi kewujudan blog ini. 
Terima kasih kepada yang sudi melawat blog SUPER KIDS..
Tanda terima kasih daripada kami untuk anda.. =)

Friday 20 January 2012

Helo semua..

..


Lagu perkenalan daripada kumpulan kami untuk anda semua.. Selamat Mendengar.. =)