Saturday 11 February 2012

KOMEN TENTANG LAMAN WEB Ziggity Zoom


Laman Web Ziggity Zoom ini mempunyai banyak ilmu pengetahuan serta perkara baru yang dapat dipelajari oleh kanak-kanak. Kanak-kanak dapat mempelajari serta mengaplikasikan ilmu yang terdapat di laman web ini, contohnya kanak-kanak dapat mengikut cara-cara membuat kraf mudah bagi kanak-kanak prasekolah, dengan ini jikalau kita beri kanak-kanak apa jenis bahan pun mereka cepat dan pantas menjadi kreatif. Seterusnya laman ini terdapat unsur-unsur yang menarik perhatian kanak-kanak untuk melibatkan diri seperti mewarna secara online. Permainan di web ini, membantu kanak-kanak  berasa baik tentang bermain dan mencapai permainan mudah yang disediakan khas untuk kanak-kanak prasekolah. Di sini, pada halaman mewarna pula terdapat pelbagai gambar yang menyeronokkan dan kemudian boleh mencetaknya ataupun mencetak dahulu gambaran tersebut dan mewarnainya dengan menggunakan warna pensel atau krayon sendiri. Laman web ini terdapat kategori-kategori seperti mainan, kraftangan, mewarna, bercerita, video, dan aktiviti-aktiviti lain.

Kelebihan laman web ini:

1. Kanak-kanak dapat meluangkan masa mereka di laman tanpa membuat sebarang kerja lain yang tidak memberi manfaat.

2. Kanak-kanak dapat mempelajari perkara baru atau ilmu pengetahuan yang baru.

3. Dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar.

4. Dapat mengajar kanak-kanak supaya berdisiplin.

Kelemahan laman web ini:

1. Mudah menjadi ketagihan kepada kanak-kanak.

2. Boleh menjejaskan daya penglihatan kanak-kanak jika menggunakan pada masa yang agak lama.

3. Menjadikan kanak-kanak tidak bersosial dengan ibu bapa ketika di rumah mahupun guru di sekolah.

4. Mudah menyebabkan kanak-kanak menjadi obesiti kerana tiada senaman.

Komen di atas merupakan pendapat penulis setelah melawati laman web Ziggity Zoom.

No comments:

Post a Comment