Magic.keys.com
Laman web magic.keys.com merupakan sebuah laman yang menyediakan buku cerita untuk kanak-kanak kecil, kanak-kanak yang lebih tua dan juga remaja. Susunan senarai buku-buku cerita tersebut adalah berdasarkan tiga kategori seperti yang dinyatakan iaitu kategori kanak-kanak kecil, kanak-kanak lebih tua, dan juga remaja. Buku-buku cerita ini juga merangkumi semua aspek seperti cerita mengenai haiwan, tumbuh-tumbuhan, manusia dan huruf. Berikut merupakan kelebihan dan kelemahan yang penulis lihat dalam laman web magic.keys.com :
Kelebihan :
1. Susunan buku cerita mengikut kategori – memudahkan ibu bapa atau kanak-kanak untuk memilih buku yang benar-benar sesuai untuk mereka.
2. Ayat atau perkataan di dalam cerita adalah bersesuaian dengan setiap kategori pembaca.
3. Ada cerita yang boleh mengeluarkan suara sebagai pencerita dan ada cerita yang mempunyai muzik.
4. Pencerita melalui video dapat membantu pembaca membaiki cara sebutan kepada yang lebih tepat.
5. Buku cerita yang terdapat dalam laman web ini merangkumi semua aspek seperti mengenai haiwan, huruf, kekeluargaan dan tumbuh-tumbuhan.
6. Buku cerita di laman web ini juga adalah sangat menarik kerana gambar yang terdapat di dalam setiap buku cerita menarik, cantik dan berwarna-warni.
Kelemahan :
1. Jumlah buku cerita di dalam laman web ini masih kurang.
2. Sesetengah jalan cerita yang terdapat dalam laman web ini sukar untuk difahami terutamanya bagi kanak-kanak.
3. Ada buku cerita yang tidak boleh dibuka.
Komen di atas merupakan pandangan penulis setelah melawati laman web magic.keys.com
No comments:
Post a Comment