Mari Bercerita

 1. Anak Arnab Hilang


Pengajaran daripada cerita 'Anak Arnab Hilang' :

1. Kita perlu bersabar dengan apa yang berlaku apabila hidup berjiran kerana sesuatu perkara pasti boleh diselesaikan dengan baik apabila kita berbincang antara satu sama lain.

- Ibu Arnab tidak tahan dengan sikap jiran-jirannya iaitu Si Tupai dan Pak Beruang yang suka membuat bising. tanpa berfikir panjang Ibu Arnab membawa anaknya keluar daripada kawasan itu sehingga anaknya diambil oleh Si Musang.

2. Kita haruslah sentiasa memberikan pertolongan kepada orang lain.

- Pak Beruang dan Si Tupai sanggup menolong Ibu Arnab untuk mendapatkan kembali anaknya yang telah diambil oleh Si Musang walaupun Ibu Arnab tidak lagi menjadi jiran mereka. Mereka juga kembali menerima Ibu Arnab sebagai jiran mereka dan berjanji untuk tidak membuat bising lagi.

2. Gagak Yang Bijak



Pengajaran daripada cerita 'Gagak Yang Bijak' :


1. Tidak mudah berputus asa.


- Gagak berusaha untuk mencari air di sebuah kawasan yang ketiadaan air dan akhirnya dia berjaya menemui air di dalam sebuah geluk.


2. Bijak mencari idea dan menggunakan akal dalam menyelesaikan sesuatu perkara.


- Air di dalam geluk yang di temui oleh Si Gagak tinggal sedikit sahaja dan sukar untuk Si Gagak meminumnya. Si Gagak memasukkan batu-batu kecil ke dalam geluk itu dan menyebabkan air yang terdapat di dalam geluk itu naik hingga ke permukaan geluk. Akhirnya Si Gagak dapat minum air dengan sepuas-puasnya.


3. Hikayat Sang Kancil Dan Buaya




Pengajaran daripada cerita 'Hikayat Sang Kancil Dan Buaya' :


1. Bijak mencari jalan penyelesaian.


- Sang Kancil telah ternampak buah-buahan di seberang sungai. Namun, di dalam sungai itu terdapat banyak buaya. Lalu Sang Kancil mencari idea untuk melepasi buaya-buaya tersebut dengan mengatakan bahawa oarang kaya meminta Sang Kancil mengira jumlah haiwan di hutan untuk mengadakan jamuan makan. Mendengar kata-kata Sang Kancil, buaya-buaya itu terus berbaris di dalam sungai untuk dikira. Setelah itu, dapatlah Sang Kancil menyeberang sungai dengan memijak badan buaya-buaya tersebut.


2. Jangan sesekali menipu untuk kepentingan diri sendiri.


- Sang Kancil berjaya menipu buaya-buaya di sungai untuk menyeberang bagi mendapatkan buah-buahan di seberang sungai. Namun, belum sempat Sang Kancil mendapatkan buah-buahan tersebut, buah-buahan itu telah habis di makan oleh monyet.